Tuesday, November 25, 2008

Pendekar Halimunan Lian

Selamat Sejahtera,

Bersyukur saya kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya GSL SEMAMBU dapat mempertontonkan serba sedikit aktiviti yang dijalankan sewaktu proses latihan dijalankan. tujuan blog ini diujudkan adalah untuk memberitahu kepada saudara semua tentang aktiviti gelanggang semambu dan juga untuk memberitahu kepada ahli PGSLM yang tidak kesampaian untuk melihat aktiviti di gelanggang semambu.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru utama PGSLM iaitu Guru NAZRI BIN HUSSIN atau dikenali sebagai (pak yie) yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami semua. Beliau sanggup meluangkan masa demi kami semua. semat-mata untuk mendidik kami agar kami memahami setiap JURUS yang diajarkan. Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada JURULATIH CIK AMIR dab juga kepada JURULATIH MUHAMMAD (AHONG) yang turut membantu Pak Yie untuk memberi tunjuk ajar kepada kami.

sekian terima kasih...


PENGENALAN PERTUBUHAN GERAK SILAT LIAN MALAYSIA ("PGSLM")
(UCAPAN DARI GURU UTAMA)

Adalah saya Nazri bin Husin - Guru Utama Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia ("GSL") membentuk skima dalam pembelajaran GSL untuk diwarisi oleh anak cucuku yang dikasihi dan anak bangsaku yang diingati.
Skima ini dalam pembelajaran GSL adalah bertujuan membentuk keperibadian Pesilat Lian. Ini adalah selaras dengan cita-cita negara bagi tujuan memperkuatkan keyakinan generasi muda negara kepada kemampuan GSL di negara ini.
Pertubuhan ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 pada 19hb. Disember 1996 No. Pendaftaran : 2072/96 (Pahang) dan kini pertubuhan ini juga telah didaftarkan di bawah Akta Sukan 1997 pada 25hb. November 2004 No. Pendaftaran : 1435/2004.
Skima ini juga memperluaskan kegiatan yang lebih bermakna, hal ini menjadi lebih mudah dengan adanya kemudahan skima yang dikemaskinikan dengan falsafah senjata yang disusun mengikut tahap-tahap tertentu. Skima ini juga akan mengatur rancangan perkembangan GSL di negeri ini sebagai permulaan cita-cita saya untuk memperkembangkan GSL bela diri, pertandingan tempur GSL, olahraga GSL dan juga seni GSL ketahap yang terbaik, InsyaALLAH.
Gerak keilmuan bela diri GSL iaitu gabungan latihan mental, spiritual dan fizikal yang berkesan membuahkan hasil yang mantap apabila aplikasi dalam teknik pelangkah, rahsia teknik pernafasan dan yang penting sekali ialah rahsia sasaran pukulan dan jatuhan akan diperolehi dalam GSL. Gerak perlu diketahui ukuran jangka antara musuh. Gerak ini harus dipelajari dan dihayati kerana ia adalah
"SENJATA BAGI KITA DAN RAHSIA BAGI MUSUH".


BARISAN PENDEKAR LIAN MALAYSIA







No comments: